Posts

Showing posts from September, 2017

Sesuatu rasa yang ada..

Hari ini aku berjalan di sebuah mall, aku melihat sebuah keluarga yang sedang gembira bersama.mereka memilih keperluan yang mereka mahu dan saling tertawa bila seseorang dari mereka membuat kata-kata indah yang mengembirakan.. Hari ini aku makan disebuah kedai, aku melihat meja yang dipenuhi satu keluarga.mereka makan dengan penuh bahagia dan menghabiskan semua pesanan mereka. Tawa mereka dan tatapan mata mereka yang saling melengkapi membuatkan kehidupan mereka itu sungguh sempurna. Hari ini aku melihat seorang budak kecil jatuh setelah berlari laju, dan seorang abang kepada adik itu membangunkan adik nya dan memberi pelukan yang erat amsupaya adik nya tidak menagis disitu.dia mendukung dan membawa adik nya pergi. Hari ini aku melihat seorang anak kecil menangis dan ibu nya memujuk dan membuatkan anak nya berhenti dari bersedih.dia menyanyikan sebuah lagu yang boleh membuat senyuman terukir dibibir anak itu. Hari ini, ketika aku membayar sesuatu yang dibeli aku melihat seorang pak

Cerita bersama dia

Story 1 Belon  hijau yang tertulis ayat perkenalan itu kamu tunjukkan pada aku. Itu adalah kali pertama aku melihat kamu dan selepas itu kamu sering hadir dalam cerita hidup aku. Kita mula dengan pertemuan kali pertama dan seterusnya kita melangkah sering kemana saja berdua. Kebahagiaan itu terlalu banyak yang tidak menyukai tapi kita masih kukuh dengan berbaik selepas habis bertengkar berhari-hari. Aku sering melakukan sesuatu yang baru untuk hubungan kita. Kali pertama masak sesuatu, kali pertama membeli hadiah buatmu dan kali pertama ketaman rama-rama bersama kamu. Dan kali pertama buat aku kamu memberikan bunga, merayakan hari lahir aku dan bersiar kepantai bersama aku. Aku bahagia sehingga aku lupa yang hidup kita tidak seringkas itu. Hari itu kamu mula berubah, tidak mahu bertemu aku dan sering memberi alasan sibuk yang tidak menentu.  Tingkah laku kamu mula merubah dan sering membiarkan aku sendirian.kita semakin jauh dari apa yang kita janjikan dari pertama perhubungan k