Sesuatu rasa yang ada..

Hari ini aku berjalan di sebuah mall, aku melihat sebuah keluarga yang sedang gembira bersama.mereka memilih keperluan yang mereka mahu dan saling tertawa bila seseorang dari mereka membuat kata-kata indah yang mengembirakan..

Hari ini aku makan disebuah kedai, aku melihat meja yang dipenuhi satu keluarga.mereka makan dengan penuh bahagia dan menghabiskan semua pesanan mereka. Tawa mereka dan tatapan mata mereka yang saling melengkapi membuatkan kehidupan mereka itu sungguh sempurna.

Hari ini aku melihat seorang budak kecil jatuh setelah berlari laju, dan seorang abang kepada adik itu membangunkan adik nya dan memberi pelukan yang erat amsupaya adik nya tidak menagis disitu.dia mendukung dan membawa adik nya pergi.

Hari ini aku melihat seorang anak kecil menangis dan ibu nya memujuk dan membuatkan anak nya berhenti dari bersedih.dia menyanyikan sebuah lagu yang boleh membuat senyuman terukir dibibir anak itu.

Hari ini, ketika aku membayar sesuatu yang dibeli aku melihat seorang pakcik buta sedang berbaris bersama. Seorang lelaki menolak kerusi roda dan membayar semua barang yang dibeli mereka. Dia bersuara lembut dengan lelaki itu dan mereka berlalu dengan wajah yang begitu senang itu diltafsirkan.

Dan waktu ini, aku menagis berharap seperti ini terjadi pada kenangan yang akan  aku lalui.aku bermimpikan kebahagiaan yang tidak  pernah menjadi nyata.

Ketika aku berharap kesempurnaan tidak ada apa yang ku minta lebih.tolong kembalikan senyuman dan kebahagiaan yang sepatutnya kami miliki.sudah cukup membuatkan air mata itu habis dan kering dikelopak.mengharapkan sinar bahagia seperti mengharapkan pelangi yang muncul selepas hujan.

Comments