Cerita bersama dia


Story 1

Belon  hijau yang tertulis ayat perkenalan itu kamu tunjukkan pada aku. Itu adalah kali pertama aku melihat kamu dan selepas itu kamu sering hadir dalam cerita hidup aku.

Kita mula dengan pertemuan kali pertama dan seterusnya kita melangkah sering kemana saja berdua. Kebahagiaan itu terlalu banyak yang tidak menyukai tapi kita masih kukuh dengan berbaik selepas habis bertengkar berhari-hari.

Aku sering melakukan sesuatu yang baru untuk hubungan kita. Kali pertama masak sesuatu, kali pertama membeli hadiah buatmu dan kali pertama ketaman rama-rama bersama kamu.

Dan kali pertama buat aku kamu memberikan bunga, merayakan hari lahir aku dan bersiar kepantai bersama aku. Aku bahagia sehingga aku lupa yang hidup kita tidak seringkas itu.

Hari itu kamu mula berubah, tidak mahu bertemu aku dan sering memberi alasan sibuk yang tidak menentu.  Tingkah laku kamu mula merubah dan sering membiarkan aku sendirian.kita semakin jauh dari apa yang kita janjikan dari pertama perhubungan kita terjalin.

Kali pertama aku merasa sakit ketika kamu memberikan hati itu kepada perempuan lain dan air mata yang jatuh itu tidak kau memperdulikan. Hati mu tawar dan kamu lupa pada apa yang telah kamu janjikan. Aku jatuh di tempat tinggi yang tiada berpenghujung.

Apa kurangnya aku buat kamu sehingga kamu memilih untuk meninggalkan aku dan memilih dia. Hari terakhir kita bertemu kau menagis dan meminta maaf dengan apa yang terjadi. Aku merayu untuk tidak ditinggalkan tapi kamu lebih memilih meninggalkan aku.

Setahun waktu kita berpisah, aku masih mengingati mu dan masih boleh memaafkan kesilapan mu. Kita menjadi kawan yang sememangnya tidak boleh bersama menjalinkan apapun hubungan walaupun bukan seperti dulu. Kamu sering mengambil berat terhadap ku dan sering datang melihat aku.

Ketika kamu tertangkap melakukan hubungan bersama kawan baik aku sendiri waktu itu aku hanya mampu menagis sendiri tanpa didengari sesiapa. Aku tidak mempunyai orang lain yang boleh mendengar rintihan hati aku. Aku tahu kita tidak memiliki hubungan seperti dulu tapi kamu harus tahu yang kenangan lalu itu sering menjadi kenangan terindah waktu kita bersama.

Aku membawa luka hati ku yang kedua kali nya pergi jauh. Aku berpindah dan melangkah ketempat yang lain.aku meninggalkan kamu berdua tanpa kamu mengetahui hati aku sakit ketika itu. Dan ketika aku cuba melupakanmu sekali lagi kau hadir dengan menyatakan rindumu pada aku.

Aku bahagia ketika dia mencari dan berharap untuk menemuiku.kami  bertemu dan bercerita banyak perkara yang berlaku.ketika aku lebih berjaya diatas nya aku berusaha membantunya.aku membuatkan dia berdiri bersama aku dan berusaha memajukan diri kami bersama.dia sering membuat hati aku sakit bila melihat dia bersama perempuan yang berlainan setiap masa.dia membuatkan kepercayaan aku kepada nya itu hilang. Dia sering memberi masalah dengan perempuan disekeliling dan membuat mereka merebut untuk mendekatinya.

Ketika aku bersama nya dulu apa dia melakukan sebegini dibelakang aku? Aku mencintai dia lebih dari dia menyanyangi aku.. apa kerana aku yang salah memiliki dia menjadi cinta pertama aku? Waktu itu aku sering mengalah kerana takut kehilangan nya...

K3y, kalau kamu membaca pesanan ini. 2 hal yang kamu harus tahu.. aku berharap waktu boleh berputar sehingga sebelum aku mengenali kamu dan satu perkara lagi ialah aku berharap yang cinta pertama aku itu bukan kamu!

Aku sering memberi peluang untuknya kerana aku berharap untuk memilikinya kembali. Aku sering mengalah dan menahan air mata kerana aku berharap cintanya buat aku itu semakin kukuh dan utuh. Aku sering menanti dan berdoa supaya tuhan boleh mengembalikan dia kepada aku kembali.

Tapi betul kata mereka.. sejauh mana dikejar kalau dia bukan untuk mu dia tidak akan pernah berhenti untukmu..

Dan aku.. redha untuk membiarkan segalanya pergi..

Comments