Cinta sang pemimpi

Aku jatuh cinta untuk sekian lama sendiri, didalam kesepian seseorang mula hadir. Dia ialah lelaki yang membuatkan hati aku berbunga dan hari aku indah.

Ketika kata tidak mampu terungkap dia menghilang dan menjauh. Ketika hati terluka aku menyedari yang mimpi itu tidak pernah nyata.

Ketika keajaiban berlaku dalam hidup aku, dia hadir meluahkan rasa hati nya untuk aku. Aku seperti melihat matahari diwaktu malam. Bunga cinta mula bersemi bersama kami.

Aku sering bersemangat menunggu ucapan pagi darimu. Menanti setiap pesanan rindu mu dan mendengar khabar mu yang jauh disana.

Kita sering berkongsi cerita dan kamu sering memberiku kata semangat yang membuatkan aku berdiri teguh disetiap Langkah yang aku lalui. Dan aku sering berharap kita setia walaupun kita jauh.

Disaat ujian hadir ibarat ombak yang datang dan menghempas di hujung pantai. Hubungan kami mula keruh dalam sekelip mata. Bukan kerana orang ketika tetapi kerana waktu yang sering membuatkan hubungan itu semakin jarak.

Aku meminta perpisahan dan berharap keputusan itu terbaik buat kita tetapi sebenarnya aku salah. Hari demi hari sepi tanpamu dan rindu itu berat untuk aku merasa kan nya.

Dan diakhir kata kamu bersetuju untuk itu dan mengucapkan selamat tinggal ke aku. Kamu pernah tidak berfikir untuk memperbaiki hubungan kita? Tidak pernah kah kamu mahu berusaha untuk mengikat kembali benang yang putus?

Aku menagis dihujung bucu dan berharap perpisahan itu hanya lah mimpi yang sedih. Aku sering menanti kehadiranmu kembali sehingga lah akhirnya aku menerima hakikat yang kita sememangnya bukan jodoh yang ditentukan.

Disaat kita berpisah dan ketika aku mula membuka buku hari yang baru. Seseorang hadir didalam hidup ku.. Seseorang yang tidak pernah aku harapkan untuk melukis sesuatu pada buku itu.

Story next tag..
7 warna pelangi

Comments