Posts

Showing posts from August, 2018

Cinta sang pemimpi

Aku jatuh cinta untuk sekian lama sendiri, didalam kesepian seseorang mula hadir. Dia ialah lelaki yang membuatkan hati aku berbunga dan hari aku indah. Ketika kata tidak mampu terungkap dia menghilang dan menjauh. Ketika hati terluka aku menyedari yang mimpi itu tidak pernah nyata. Ketika keajaiban berlaku dalam hidup aku, dia hadir meluahkan rasa hati nya untuk aku. Aku seperti melihat matahari diwaktu malam. Bunga cinta mula bersemi bersama kami. Aku sering bersemangat menunggu ucapan pagi darimu. Menanti setiap pesanan rindu mu dan mendengar khabar mu yang jauh disana. Kita sering berkongsi cerita dan kamu sering memberiku kata semangat yang membuatkan aku berdiri teguh disetiap Langkah yang aku lalui. Dan aku sering berharap kita setia walaupun kita jauh. Disaat ujian hadir ibarat ombak yang datang dan menghempas di hujung pantai. Hubungan kami mula keruh dalam sekelip mata. Bukan kerana orang ketika tetapi kerana waktu yang sering membuatkan hubungan itu semakin jarak. Aku